|
♥ //#1:The best holiday ever
Tuesday, 11 December 2012 @ 14:39 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum and holla :) Hoi ape lagi. Jawab ah salam. Dosa tau tak jawab. Eh lupaa aku mane reti nak start buat perenggan pertama ayat eh karangan eh pape je lah. Macam aku kisah. Kau paham paham dah lah. Baca diam diam. Tak payah bising bising. Aku hempuk dengan tong gas satgi tau ah :p ehh melalut dah starter ceritaa ni :3Today 11 Disember 2012! Yeahh. Dah holiday dah. Sunburn pun dahh. Tak percaya kulit aku dah sunburn? Japgi aku tunjuk picture. Sebelum tu bacaa dulu ceritaa ni wokayy sayang sayang intan payung yang comel momel. pehh korang jangan perasan sangat. Sajaa nak amik hati je ni :p Kitorang punya holiday dekat Sunshine Beach Resort, Port Dickson. Or Sunshine Bay Resort, Port Dickson. Rewind 3 days ago...... 8 December 2012. Packing barang? 4 hari sebelum pergi aku dah packing. Hahaha semangat gila okay :p Okay okay aku sambung cerita. Cuti kali ni kitorang pergi 2 family. My family and my cousin family. Best tak hengat. Haha. Kitorang gerak lepas zohor. Ala ala pukul satu lebih cenggitu. Masa on the way pergi sana, jammed memang tak hengat dunia. Jammed teruk masa nak ke arah Melaka. Ramai betul nak pergi Melaka. Saja holiday. Tengok number plate pun banyak start huruf W and B. Mentang mentang lah Selangor cuti sampai hari selasa sempena hari Sultan Selangor. Eh kalau tak pasti kau pergi check kalendar sana. Semua nak bantai cuti lama lama sampai dah lupa tanah tumpah darah. Ishh kau tak rasa ni dah macam anak tanggang ke? Ingat rumah wei ingat rumah. Rumahmu Syurgamu. Then disebabkan jammed tak hengat aku yang dah kebas dek penat duduk dalam kereta kitorang sampai dalam pukul 4 lebih. Okay lah kan dah tak panas. Matahari pun kureng sikit. Masa nak masuk untuk lepas gate tu, dia ada guard dia. Perhh boleh pulak kan dia tak bagi kereta masuk. Padahal kitorang dah book! Ayah memang dah panas lah kan. Kitorang lek lu. Dia cakap kene tunggu family cousin aku keluar. Waterpark dia. Nak parking jauh jauh. Tunggu about 30 minutes, family diorang keluar. Bila kitorang nak masuk, guard tu hangin. Dia cakap "Tak paham ke? Wait abang you keluar" haa tu tak tahan. Ayah aku keluar dari kereta pastu tunjuk kereta cousin tu. Guard tu pun bukak gate nya. Then pergi parking kereta dekat tingkat dua. Punggah barang then letak kereta dekat luar balik. Sampai sampai solat dulu. Tukar baju lepastu terjun. Kolam tak payah cakap lah. Rasa macam kau nampak family yang membiak membiak dan terus membiak. Ramai gila. Memang takde spaces kau nak menyelit walaupun badan kau cekeding tahap playwood tu kan. Then makin petang, banyak family turun pantai! Haha ape aku kesah. Aku dapat terjun kolam je dah. Then biasa lah kan. Yang terjun dulu adik adik aku and adik sedare umur 7 - 10 tahun. Almaklumlah budak kecik. Apa dia kesah. Yang dia tahu fun fun fun. Memang mandi tak hengat lah kan. Lepastu Amira, my cousin pergi duduk tepi kolam tu. Aku yang perangai memang tak berapa nak baik ni pergi tolak dia. Kedebushhh jatuh kolam. Dia padang aku. Haa ape lagi. Watpeace je lah. Dia naik balik. Kitorang gegelak. Orang lain kat dalam kolam dah pandang pandang. Apa aku kisah. Aku pun nak fun jugak kan. Ingat tu kolam korang ape. Lepastu adik Amira, si Ameen datang. Dia buat macam Amira jugak. Aku yang memang perangai ala ala zombi ni pergi tolak dia. Hahaha sekali lagi. Memang seronok gila aku cakap kat kau rasa macam aku lah ketua gangster pailang ape semua dekat dunia padahal tolak orang jatuh kolam je. Lepastu aku tengah diri, merenung lautan biru yang melambai lambai untuk aku melihat pemandangan dia yang indah. Wehh ayat nak novel je. Haha. Lepastu Ameen pegang kaki aku. Amira pegang tangan aku. Lepastu hayun hayun dua tiga kali lepastu guess what? Aku lah mangsa yang kena campak dalam kolam. Happening gila tak hengat ada orang lain dalam kolam sebab dah rasa macam gangster en tadi. Haha. Lepastu dah sesejuk rasa macam nak beku kitorang naik room. Ah lupa nak bagi tau kolam kat tingkat tiga. Bilik kitorang pun sama. So kejap je dah sampai bilik. Dah siap tukar baju, kitorang lelepak jap. Pastu dah maghrib solat dulu. Lepas dah siap ape semua kitorang guess lepak pantai. Turun pantai ramai gila family buat bbq. Jealous memang tak payah cakap. Jeles ya amat. Kitorang tak buat pun. Memang diorang happening gila. Orang pandang pun apa dia kisah kan. Bila dah happy semua kita lupa. Lepas kitorang dah bosan dok menghadap laut, main pasir macam budak kecik lepastu tangkap tangkap gambar macam kau fikir kau tu ala ala model kitorang pun naik. Ingat bila malam takde sape turun kolam. Ramai aku cakap kat korang. Dah ah gelap. Untung lah kan. Yang mandi pun jiran dekat bilik aku jugak. 1-3-E dengan 1-3-F lah rasanya. Budak budak laki baya baya aku kot. Kesah apa. Korang yang mandi. Korang yang main bola. Kitorang lepak sampai pukul 1 lebih. Gila tak gila. Yang lepak pun teenagers. Memang lah sampai pukul 1 lebih. Dalam pukul 11 lebih camtu ada empat orang lelaki main bola tampar dekat depan lobby sebelah futsal. Hebat gila k. Sengit gila diorang lawan. Kitorang tengok je. Lepastu kitorang masuk room jap. About 5 minutes later kitorang keluar balik. Jiran jiran yang mandi pun dah siap mandi. Kuit buaya apa tah boleh mandi malam malam. Tak reti sejuk ke apa. Lepastu diorang tinggalkan bola. Tak tau lah tertinggal or sengaja. Ah lupakan. Apa lagi kan bila dah nampak bola. Lawan ah. Yang main pun aku Ameen and Amira. Main sepak sepak. Time tu memang dah bayangkan aku ni Wan Zack Haikal. Puihh. Haha. Banyak kali jugak lah bola tu terswing kat kolam. Then sekali terjatuh dekat tempat budak main bola tampar tadi. Then sekali aku buat terjatuh dekat bumbung parking tingkat satu. Umakyay serious gelabah masa bola tu jatuh. Ingat nak lari. Tapi bola orang. So amek ah balik. Bila kitorang dah amek dok belek belek bola tu ada tulis SK LEREH. Kitorang semua gelak. Curi ke apa ni bola sekolah punya. Maybe jiran kitorang orang Melaka kot. Lepastu lepak lepak macam orang gila dengan pasang lagu jiwang karat malam malam layan feeling semua kenangan sumpah terkeluar rasa nak nangis. Then dalam pukul berapa tah kitorang masuk tidur. 9 December 2012 - Bangun pukul 7.36 pagi. Awal gila. Tu pun dah ada yang mandi. Gila apa memang kulit buaya kulit gajah semua ada. On phone, Amira txt ajak mandi kolam. Masuk bilik air gosok gigi, basuh muka lepastu masuk kolam. Best gila lah sebab tak ramai. Maybe ada family yang dah check out. Family kitorang main bola plastik. Main baling baling. Ala ala ada dua tiga ekor monyet kat tengah. Kalau dia dapat, kira dia lah pulak yang baling. Then ternampak budak form 3 yang sekolah dengan aku. Haihh nasib baik dia tak perasan aku. Dia ala ala Nubhan. Kawan kawan kenal lah. Lupa nama dia, Then family yang paling happening dalam kolam tu family kitorang and jiran kitorang. Diorang pun main baling baling bola jugak. Tapi diorang ada geng sebab semua dah besar besar. Yang kecik buat hal sendiri. Alaa besar besar pun baya baya aku je. Hehew. Dah syok syok main kan tetiba bola diorang kena kepala aku. Memang pening gila rasa macam nak pengsan pun ada. Dah lah aku terpandang matahari. Aku pandang kiri kanan sebab nak hilangkan pening. Bukan nak cari siapa yang baling. Geng diorang dah kalut mintak maaf. Alah adat lah kan dalam kolam tu kalau terkena orang. Budak depan aku yang pakai baju biru tua dah " sorry tau. Tadi nak baling dekat abang ____" I dont know apa nama abang tu. Zul or jol or zol or whatever he is. Aku senyum je. Takkan nak cakap ganti rugi. Lepastu aku lepak tepi kolam sat. Pening gila. Then mandi balik. Ala budak budak baya aku kan. Biasalah kalau kacau kacau -.- Then tak tau lah siapa, dia panggil family diorang naik. Nak balik dah. Time tu ape tah feeling rasa sedih gila. Hahahaha. Lepastu diorang mandi sekeliling aku. Cuak tak cuak lah kan. Lari jugak dari diorang. Dah ah aku tak reti berenang. Lepastu ada one of diorang yang pakai baju biru cair and lengan dia kaler coklat dok pandang aku pastu cakap kat cousin dia mungkin pastu sengih sengih, Sumpah masa tu aku bukan rasa bangga ke apa. aku nak pergi cari cermin. Aku nak belek apa yang tak kena dengan diri aku. Cuba kau bayangkan kau dah rasa kau okay. Tapi tetiba orang pandang kau pastu dia cakap kat kawan dia pastu sengih sengih. Kau tak rasa nak baling dia dengan tong gas ke? Tak lama kemudian diorang naik. Kebetulan lepastu memang nak amek phone. Diorang tengah tunggu turn nak mandi. Dok panggil panggil aku " baju biru... baju biru..." ingat aku ni apa. Aku tak boleh orang panggil panggil sampai aku puas hati takde pape pelik kat diri aku. Lepastu about 5 minutes kemudian aku masuk, tukar baju. Sejuk gila. Then keluar budak yang pakai bju biru cair tu tengah angkat barang. Gentle ah pakai baju purple nya lepastu berdehem lepastu aku pandang dia sengih sengih. Lepastu aku masuk. Malas nak layan. Then petang tu terjun kolam lagi. Adalah pulak aunty ni. Wangi gila. Dia tanya aku "dok mana? memang stay sini ke?" dengan tak bagi salam apa semua. Takpe disebabkan aku ni budak baik en yang menghormati ibu bapa, orang tua, aku jawab lah dengan sopan santun. Lepastu macam macam lah kitorang borak. Hijau fr aunty tu. Merah fr me :) Aunty stay mana? Imean aunty dari mana? *buat muka pelik* anak ni dari mana? Selangor *senyum lebar lebar saja nak buat aunty tu paham* Selangor kat mana? Klang. Ouh. Aunty tau. Aunty datang dekat je. Kuala Lumpur ni haa *senyum* Aunty tu senyum comel gila. Patutlah suami dia terpikat. Anak dia pun not bad jugak lah. Yang perempuan lawa. Yang lelaki handsome handsome. Aunty tu sporting sebab masa tu aku tengah kerjakan adik sedara aku. Aku baling bola kat dia. Pastu kalau tak kena aku kene balun sampai kena. Kalau dia, tak kena pun cakap kena. Kau nampak tak punya kejam dia kat aku. Aunty tu dengan baiknya dia tolong aku. Yayy aunty tu geng aku. Haha. Lepas dah kena adik sedare aku, adik sedare aku ni kejar lah aku. Bayangkan kau keluar dari kolam basah basah lari lari keliling kolam. Memang macam budak kecik. Kalau jatuh memang seronok gila ah kan. Anak aunty tu pun dah cakap " jangan lari. Jatuh nanti". Disebabkan aku ni memang tak makan saman, lari jugak lah. Nasib tak kualat. Kalau tak malu jugak la. Haha. Lepastu dah penat naik. Then malam nya lepak kat kedai makan. Bola woi. Malaysia lawan Thailand. Memang kat situ semua datang nak tegok bola saja lepak lama lama sebab malas nak blah. Bila gol serious meremang bulu roma bila tengok dia gol dia punya jerit macam nak keluar anak tekak. Tu belum yang berdiri peluk peluk bagai. Hahaha. Bila bola habis semua bangun blah. Kau nampak tak yang lepak semua nak tengok bola je. Para ayah ayah pergi beratur panjang berjela nak bayar. Memang aku cakap kat kau smart ah barisan panjang panjang. Then lepastu kitorag balik. 10 December 2012 - Bangun pagi pagi aku pulak yang kulit buaya tak ingat ape dah. Hari last day wei. Sape yang taknak mandi buat kali terakhir. Orang lain semua belum turun kolam. Memang only family kitorang. Memang dah rasa tu kolam persendirian. Kau tak tau pape diam kay. Lepastu naik packing barang apa semua. Kitorang check out and pergi Teluk Kemang. Teluk Kemang penuh! Tkde parking. Kitorang pergi Muzium Tentera Darat. Happening ah kat sana even panas gila rasa macam nak terjun kolam balik je en. Lepastu dah round round biasa ah kitorang kalau tak snap tak sah. Then ada terowong bawah tanah! Sumpah panas. dengan patung patung nya. Aku just bayangkan time komunis dulu. Takut weh. Macam macam rasa ada. Syukur sekarang dah merdeka. Lepastu singgah makan then balik! Thank you very much Port Dickson for the best and the sweetest memory i had. I will miss this place and people here or people that vacation there too. Thank you very much Port Dickson!
|
♥ The SuperHuman ! ![]() Welcome ! Iam Aina. Do explore my blog! Visit my blog back later :* Congratulations, you have found my blog. Follow me yahh. Do respect me, and I will respect you MORE back.
♥ Navigations! ![]()
♥ The Credits! ![]() |